Wednesday, March 4, 2009

Natijah Dari Sebuah Peperangan


semalam aku dah habis The Stones Cryout.. sebulan lebih nak habiskan buku tu..
selalu sebuah buku 2 3 hari dah aku habiskan, tapi dek kerana kerja yang terlalu banyak samada di rumah atau opis, maka buku tu dah jadi budu di tangan aku, tapi tak kisahlah asal aku habis baca..banyak buku pasal penderitaan masa perang di Cambodia yang aku beli, antaranya The Survival of the Killing Fields, When Broken Glass Floats, Stay Alive My Son, Voices of S-21..buku2 ni aku boleh rate 5 bintang la..best sgt2..aku beli dari abebooks.com..second hand and rare books..dapat harga murah..cuma bayar lebih untuk harga pos saja..lagi pun cari kat MPH ke Koni ke, Berjaya Times ke tak jumpa punya..sebab kebanyakkannya buku yang dipublish lama dah..

baca2 buku tu nangis sgt2, how the cambodian suffer during those time..rasanya zaman jepun kat malaya pun tak seteruk itu..even cacing kat dalam tanah pun boleh dikorek makan..pucuk2 kayu kalau yang boleh dimakan, derang makan..teras pisang tu biasa..adik beradik boleh berbunuhan kerana berebut makan..gula manisan dah dikira barang luxury..yang sakit masuk hospital boleh dikira dihantar ke kem maut le..siapa2 yang kerja kerajaan, professional ke..memang kena bunuh sebab dilabel imperialis..bagi jimatkan peluru, khmer rouge ini bunuh orang pakai cangkul atau batang kayu hentak dikepala saja saje..and dihumban dalam lubang ramai2..mati katak je..kebanyakkan dari tentera khmer rouge adalah remaja dan kanak2..mereka didoktrin dan dibrainwash..bayangkan jiwa remaja yang tengah memberontak dan diasuh dengan pemikiran komunis, bahawa semua adalah satu..hasilnya amat dahsyat sekali..

dalam youtube..search aje khmer rouge..tengok le footage betapa dasyat bencana perang 1975 -1979 ini kepada rakyat cambodia..
rumah yang didiami hanyalah seperti wakaf tunggu durian (atau lebih teruk dari itu) yang tidak berdinding, samada hanya ditutupi kanvas atau dibiarkan terbuka..hujan pun hujanlah..jadi buruh paksaan untuk bina dam atau bersawah padi..makan nasi bubur hari2 sedang diri mereka dikelilingi sawah padi..tu pun nasib baik dapat nasi bubur, kalau tak pandai2 le nak cari apa nak dimakan..dalam setengah kes, mereka ni jadi cannibal pun..kelahiran amat jarang sebab orang dah tak bernafsu lagi nak bercopulating sebab dalam minda mereka hanya memikirkan bagaimana nak cari makan untuk mengisi perut mereka sahaja..kalau ada yang lahir pun samada mak yang mati atau anak yang mati sebab anak dan mak tak cukup zat..anak2 kecil dibiarkan mati di katil hospital tanpa sebarang rawatan..mati kerana kekurangan makanan dan cirit birit..
mata mereka yang kosong..bayangkan peristiwa macam tu jadi pada kita..pada anak2 kita nanti..belajar dari sejarah orang..perang tu pun akibat dari orang2 yang gila kuasa..mangsa? rakyat marhain jua..

hasrat hati, ada masa ada rezeki aku nak jalan2 kat phnom penh la..nak pegi kat Tuol Sleng tu tengok lebih dekat lagi kem seksaan yang menempatkan tahanan khmer rouge..dan kehidupan rakyatnya sekarang yang seribu kali lebih baik dari kita yang hidup di Tanah Melayu yang tercinta ini..sama2lah kita ingat dan mengingati..(adik aku dah pernah pergi, katanya budak perempuan seawal umur 9 tahun dah dijual untuk dijadikan pelacur oleh ibubapa atas sebab kesempitan hidup..tak pun anak2 berhingus ini berkeliaran menjual hasil kraftangan kepada pelancong..baju seluar tak usah ceritalah buruknya..)kesian, ucapan simpati itu yang mampu keluar dari mulut..

Cinta Pertama

tentu anda pernah jatuh cinta buat pertama kalinya kan?
tak kira lah jatuh cinta kat abang jual burger ke, headboy sekolah ke, atau pun abang jual belon tepi jalan nak pegi sekolah..hmm aku juga mengalaminya dulu, seawal usia 14 tahun, dengan dua pupuku sendiri..mak aii gatalnya..tapi orang dulu2 bercinta takdelah macam orang sekarang ni..pegang tangan jauh sekali, apalagi nak membonceng ke situ sini, cinta masa tu masih suci, jumpa pun bawah pokok jambu, makan gula2 sama2 pun dirasakan saat itu le paling indah dalam dunia, cuit kelingking sikit pun bumbung dunia seakan nak runtuh..
sekarang ni budak laki pompuan dah bebas sangat..mengandung luar nikah dah jadi biasa...hari ni pun ada berita bayi terbuang yang dimakan gagak kat Penang kan? zaman aku dulu kalau ada bayi yang dibuang adalah amat2 pelik sekali..tak macam sekarang..tong sampah tepi Sogo tu pun jadi tempat bahan buang bayi2, tiap2 hari pasal buang bayi, dah naik bosan...

aku bercinta bagai nak rak sampai la umor 21 tahun,
sudahnya kawen dengan orang lain juga..
jodoh dan pertemuan ditangan Allah SWT...
siapalah kita nak menolaknya..

Tuesday, March 3, 2009

Melaka Land Of Heritage and Beauty


5 Februari 2009 aku ke Melaka, melapangkan fikiran sementelah aku tak pernah pergi pun ke Melaka sepanjang hidup, darat sungguh kata orang kelantan. Melaka sentiasa segar dalam ingatan aku selain Pulau Pinang yang menjadi kesukaanku berkunjung..yang pasti aku suka akan bangunan-bangunan lamanya di kedua-dua tempat yang menjadi tarikan pelancong ini yang nampak begitu nostalgic dan romantik sekali.. aduhai, amat indah jika dijadikan destinasi berbulan madu pasangan2 baru kawen, tak semestinya ke luar negara ye..2 hari dirasakan tak cukup, nasib baiklah ada seorang kenalan aku kat sana yang bermurah hati untuk membawa aku bersiar2 waktu malam. Berkesempatan jugalah aku naik eye of Malaysia, gayat giler. Dahlah tulang temulang rasa nak gugur naik Menara Taming Sari pada siangnya..tapi pengalaman tu menyeronokkan, malu le nak mengaku dah tua2 ni pun nak gayat lagi..naik bot menyusuri Sungai Melaka juga merupakan pengalaman paling best..waktu malam nan indah..lampu-lampu yang menghiasi rumah2 di Kg Morten dan bangunan2 lama sepanjang sungai mengamit perasaan kagumku...aku difahamkan bil2 letrik rumah penduduk sepanjang sungai dibayar oleh Kerajaan Negeri bagi menyokong industri pelancongan di negeri Hang Jebat tu..berangan2 le aku Hang Jebat datang menjengah and say Hello to me he he...(terima kasih kepada kenalanku itu kerana meluangkan masa yang bukan sedikit untuk aku mendekati negeri Melaka ini). Masa nak balik sempat lagi aku berborong cencaluk dan belacan, serta colek untuk dibahagi2kan kepada orang kampung dan sedara mara tanda mata dari Negeri Hang Jebat ini..tak sempat naik kereta lembu la..sebab kepala tengah pening..nanti naik kereta lembu terus mun***. Melaka aku akan datang lagi kepadamu..banyak lagi nanti aku cerita lain kali..idea dah putus..

Monday, March 2, 2009

Feelings


Pagi ni terasalah pulak nak dengar lagu ni..
layan sajalah..

Feelings, nothing more than feelings,
Trying to forget my feelings of love.
Teardrops rolling down on my face,
Trying to forget my feelings of love.

Feelings, for all my life I'll feel it.
I wish I've never met you,
You'll Never Come Again.

Feelings, wo-o-o feelings,
Wo-o-o, feel you again in my arms.

Feelings, feelings like I've never lost you
And feelings like i've never have you
Again in my heart.
....

for you out there..how i wish you would understand my feelings...

There's A Baby On The Way


aku terima berita fida dah berbadan dua..
tahniah, aku tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi fida dan radzie setelah menempuh perjalanan dan kisah cinta yang panjang dan penuh ranjau dan duri yang alang-alang orang saja dapat melaluinya..katanya nama anak itu nanti kalau lelaki, akan diletak nama watak utama novel suaminya.. penderitaan kalian berbayar dengan tunas kasih kalian yang baru hendak berputik...hati aku terbetik rasa cemburu(yang positif tau) dengan kebahagiaan kalian.. sedangkan diri aku masih terumbang ambing tak tahu tebing mana harus ku paut untuk kulabuhkan keresahan hati ku... aku rindukan tangisan anak kecil lagi, tapi diri aku tidak mampu melalui anasir2 kesampingan di dalam hidupku...gagalkah aku?

teringat aku ketika pergi menonton wayang bersama kalian pada 18 Nov. 2008 dekat Galaxy Ampang, romantiknya kalian membuatkan aku menyeka airmata seorangan ketika menonton..cerita hantu pulak tu :)

kerja aku yang banyak bertimbun hari ini, aku pandang sepi..kejap pegang itu tak kena, pegang ini tak kena, satu keputusan dalam hidup perlu dibuat, tapi perlu melihat pro kontra kepada orang-orang yang dekat denganku bukan hanya melihat kepentingan diriku sahaja..aku tidak pernah mementingkan diriku sepanjang hidup...semuanya yang aku buat demi orang lain, orang lain dan orang lain...haruskah aku mula mementingkan diriku?

Kepasrahan

pernah aku terbaca, bahawa ada 3 peringkat kepasrahan di dalam diri seseorang..
satu,
seorang pemilik unta - yang mengikat untanya untuk masuk bersolat dalam mesjid yang menyerahkan untung nasib untanya kepada Allah SWT setelah berusaha mengikatnya.
kedua,
seorang bayi disusuan - yang menanti ihsan disuapkan susu oleh ibunya, tetapi boleh menangis2 untuk mendapatkannya dari ibunya..
ketiga,
mayat ditangan pemandi mayat - menyerahkan keseluruhan tubuhnya secara total kepada pemandi mayat, apa sajalah yang hendak dilakukan leh pemandi mayat tersebut..

yang mana satu peringkat penyerahan diriku?..
agaknya sekarang sudah hampir yang ketiga..
sehingga aku tidak mampu melakukan apa2 lagi untuk diriku..

One More Time - Chante Moore


aku nak start blog ni dengan lirik dari lagu yang cukup aku suka..
time2 sedih aku pasang le lagu ni kat pc, over n over again..
meninggalkan kesan di lubuk hatiku yang paling dalam..
dekat mana tu? aku pun tak tau..

I lie half awake, late at night
I reach out to touch you
feel you by my side
and I reach, and I reach,
but I never get to feel you
Will I ever get to feel you again, again

Just one more time
One more moment
To take you in my arms
One more chance
One more kiss
Before I wake to find you gone
One more time
Before I have to face another day,
and my heart breaks again

It's only a dream
but it's all so real
Don't want it to end
but I know it will
So I pray, and I pray
Every night I'm on my kness
Begging for the chance to see you
again, again

Oh one more time
Before I have to face another day,
and my heart breaks again
again...

Sunday, March 1, 2009

Posting Pertama

Hari pertama blog aku Doa dan Harapan dibuka. Hari ni otak tak berjalan lancar sangat. So takde apa2 nak ditulis. Malam ni cari idea..