Janjimu,
mengukir gunung menjadi kediamanku..
menjarah lautan untuk menjadi pancuran mandiku..
memintal awan untuk menjadi selimut malamku..
menyisir angin untuk menjadi penyaman tidurku..
menyiksa pundakmu mengandar kekayuan untuk menjadi pangkin beraduku..
Janjiku,
menganyam kelopak mawar untuk beradu kasih sayangmu..
menyusun lembaran dedaunan untuk melabuhkan tirai malam bersamamu..
mengendong cangkir rindu untuk sentiasa bersamamu..
mendandan cerminan wajahku hanya untuk tatapan matamu..
Namun,
dimanakah janji-janjimu dulu..
ia hanya menjadi basahan lidah..
penyedap seloka..
yang hanya menyapu lalu di hatimu..
sampainya hati..
Begitupun,
aku tetap memegang janjiku..
tidak akan kabur walau usai usiaku..
aku tidak seperti mu..
wahai hero malayaku..
kemaman..
7.12 pm
October 19th, 2010
Tuesday, October 19, 2010
aduhai
aduhai..
aduhai mata lelaplah..
aduhai hati tenanglah..
aduhai fikiran semadilah..
kasihanilah aku,
aku sudah penat, aku sudah lelah,
aku mahu bersimpuh di sejadah ini,
memohon ampun di atas dosa2 masa lalu,
kemaman.
october 18th, 2010
aduhai mata lelaplah..
aduhai hati tenanglah..
aduhai fikiran semadilah..
kasihanilah aku,
aku sudah penat, aku sudah lelah,
aku mahu bersimpuh di sejadah ini,
memohon ampun di atas dosa2 masa lalu,
kemaman.
october 18th, 2010
pasrah dalam kecewa
dalam senyum ada duka,
dalam duka ada airmata,
dalam airmata ada rindu,
tetapi dalam rindu ada apa?
..dalam rindu hanya ada kekecewaan..
dalam nafas ada nyawa,
dalam nyawa ada hati,
dalam hati ada perasaan,
tetapi ada apa dalam perasaan?
..dalam perasaan hanya ada kepasrahan..
kecewa dan pasrah,
ku munajatkan kepada Yang Lebih Mengetahui..
kemaman.
11.34 pm
october 18th, 2010
dalam duka ada airmata,
dalam airmata ada rindu,
tetapi dalam rindu ada apa?
..dalam rindu hanya ada kekecewaan..
dalam nafas ada nyawa,
dalam nyawa ada hati,
dalam hati ada perasaan,
tetapi ada apa dalam perasaan?
..dalam perasaan hanya ada kepasrahan..
kecewa dan pasrah,
ku munajatkan kepada Yang Lebih Mengetahui..
kemaman.
11.34 pm
october 18th, 2010
di tepian pantai III
tepian pantai III
Dedaun cemara berguguran..
luruh dan mereput bersama butiran pasir..
tiada siapa yang peduli..
hanya aku yang mengerti, bahawa..
kehidupan dan makhluk Tuhan tiada yang hakiki..
kecuali semuanya menuju alam abadi..
langkahku langkah kaku..
melewati kamar2 batu bisu..
tiada naluriku untuk bersenda..
apa lagi untukku berhilai tawa..
membawa robeknya hatiku bersama..
mulanya ku rasa, adakah ini hukumanNya?..
namun lekas2 kusedari, bahawa..
Aku amat disayangiNYA..
kemaman.
Oct 19th, 2010
Dedaun cemara berguguran..
luruh dan mereput bersama butiran pasir..
tiada siapa yang peduli..
hanya aku yang mengerti, bahawa..
kehidupan dan makhluk Tuhan tiada yang hakiki..
kecuali semuanya menuju alam abadi..
langkahku langkah kaku..
melewati kamar2 batu bisu..
tiada naluriku untuk bersenda..
apa lagi untukku berhilai tawa..
membawa robeknya hatiku bersama..
mulanya ku rasa, adakah ini hukumanNya?..
namun lekas2 kusedari, bahawa..
Aku amat disayangiNYA..
kemaman.
Oct 19th, 2010
di tepian pantai II
di tepian pantai II
sudah dua petang ku lewati pantai ini..
pasir itu masih di situ menunggu..
ombak menunjuk ganas..
tanpa kesihan menghempas pantai..
dan pantai hanya rela dalam terpaksa..
angin pula tiada ihsan,
menghasut ombak mengkhianati pantai..
awan hanya memerhati..
kesihan simpati bercampur baur..
aku..
melihat dan menghayati..
jujuran alam yang tidak akan berhenti..
hingga akhir nanti..
kemaman.
6.00 pm
18 october 2010
sudah dua petang ku lewati pantai ini..
pasir itu masih di situ menunggu..
ombak menunjuk ganas..
tanpa kesihan menghempas pantai..
dan pantai hanya rela dalam terpaksa..
angin pula tiada ihsan,
menghasut ombak mengkhianati pantai..
awan hanya memerhati..
kesihan simpati bercampur baur..
aku..
melihat dan menghayati..
jujuran alam yang tidak akan berhenti..
hingga akhir nanti..
kemaman.
6.00 pm
18 october 2010
di tepian pantai
pasir-pasir dipantai terdampar kaku..
pasrah menerima pijakan telapak kakiku..
tiada onar, tiada marah..
puin2 kecil dari ombak..
menjadi hiburan bagiku..
melihatnya memukul2 betisku..
dan kemudiannya berlalu pergi..
tanpa mempedulikanku lagi...
ketam2 kecil mengigit kakiku..
bukan terasa sakit tetapi sedikit ngilu..
dan ketam itu pun juga berlalu pergi..
selepas puas menjelajahi jemariku..
aku masih disini..
bersimpuh di tepi pantai..
menantikan langit menjadi merah..
untukku melangkah pulang...
menyahut seruan mengingatkan Tuhan..
Tuhan yang sudah pastinya tidak akan sekali2 melupakan aku...
kemaman.
17 oct. 2010
pasrah menerima pijakan telapak kakiku..
tiada onar, tiada marah..
puin2 kecil dari ombak..
menjadi hiburan bagiku..
melihatnya memukul2 betisku..
dan kemudiannya berlalu pergi..
tanpa mempedulikanku lagi...
ketam2 kecil mengigit kakiku..
bukan terasa sakit tetapi sedikit ngilu..
dan ketam itu pun juga berlalu pergi..
selepas puas menjelajahi jemariku..
aku masih disini..
bersimpuh di tepi pantai..
menantikan langit menjadi merah..
untukku melangkah pulang...
menyahut seruan mengingatkan Tuhan..
Tuhan yang sudah pastinya tidak akan sekali2 melupakan aku...
kemaman.
17 oct. 2010
air hujan
dari jejuran atap..
air hujan menitis..
satu, satu dan satu lagi..
aku menghitung..
aku penat menghitung sebenarnya..
sampai malam pun hujan ini belum tentu akan berhenti..
aku harus berhenti menghitung..
kewarasanku akan bundar jika aku terus begini..
tiada bertajuk
manis janji meniti dibibir..
bibir yang membongkar kata dusta..
dusta-dusta yang meyakinkan..
meyakinkan untuk sebuah hati yang lemah..
lemah dalam menilai sebuah kejujuran..
kejujuran yang semakin hilang..
bersama perginya sifat kemanusiaan..
bibir yang membongkar kata dusta..
dusta-dusta yang meyakinkan..
meyakinkan untuk sebuah hati yang lemah..
lemah dalam menilai sebuah kejujuran..
kejujuran yang semakin hilang..
bersama perginya sifat kemanusiaan..
Subscribe to:
Posts (Atom)