Tuesday, October 19, 2010

di tepian pantai III

tepian pantai III
Dedaun cemara berguguran..
luruh dan mereput bersama butiran pasir..
tiada siapa yang peduli..
hanya aku yang mengerti, bahawa..
kehidupan dan makhluk Tuhan tiada yang hakiki..
kecuali semuanya menuju alam abadi..

langkahku langkah kaku..
melewati kamar2 batu bisu..
tiada naluriku untuk bersenda..
apa lagi untukku berhilai tawa..
membawa robeknya hatiku bersama..
mulanya ku rasa, adakah ini hukumanNya?..
namun lekas2 kusedari, bahawa..
Aku amat disayangiNYA..

kemaman.
Oct 19th, 2010

No comments: