Tuesday, March 3, 2009

Melaka Land Of Heritage and Beauty


5 Februari 2009 aku ke Melaka, melapangkan fikiran sementelah aku tak pernah pergi pun ke Melaka sepanjang hidup, darat sungguh kata orang kelantan. Melaka sentiasa segar dalam ingatan aku selain Pulau Pinang yang menjadi kesukaanku berkunjung..yang pasti aku suka akan bangunan-bangunan lamanya di kedua-dua tempat yang menjadi tarikan pelancong ini yang nampak begitu nostalgic dan romantik sekali.. aduhai, amat indah jika dijadikan destinasi berbulan madu pasangan2 baru kawen, tak semestinya ke luar negara ye..2 hari dirasakan tak cukup, nasib baiklah ada seorang kenalan aku kat sana yang bermurah hati untuk membawa aku bersiar2 waktu malam. Berkesempatan jugalah aku naik eye of Malaysia, gayat giler. Dahlah tulang temulang rasa nak gugur naik Menara Taming Sari pada siangnya..tapi pengalaman tu menyeronokkan, malu le nak mengaku dah tua2 ni pun nak gayat lagi..naik bot menyusuri Sungai Melaka juga merupakan pengalaman paling best..waktu malam nan indah..lampu-lampu yang menghiasi rumah2 di Kg Morten dan bangunan2 lama sepanjang sungai mengamit perasaan kagumku...aku difahamkan bil2 letrik rumah penduduk sepanjang sungai dibayar oleh Kerajaan Negeri bagi menyokong industri pelancongan di negeri Hang Jebat tu..berangan2 le aku Hang Jebat datang menjengah and say Hello to me he he...(terima kasih kepada kenalanku itu kerana meluangkan masa yang bukan sedikit untuk aku mendekati negeri Melaka ini). Masa nak balik sempat lagi aku berborong cencaluk dan belacan, serta colek untuk dibahagi2kan kepada orang kampung dan sedara mara tanda mata dari Negeri Hang Jebat ini..tak sempat naik kereta lembu la..sebab kepala tengah pening..nanti naik kereta lembu terus mun***. Melaka aku akan datang lagi kepadamu..banyak lagi nanti aku cerita lain kali..idea dah putus..

No comments: