
semalam aku dah habis The Stones Cryout.. sebulan lebih nak habiskan buku tu..
selalu sebuah buku 2 3 hari dah aku habiskan, tapi dek kerana kerja yang terlalu banyak samada di rumah atau opis, maka buku tu dah jadi budu di tangan aku, tapi tak kisahlah asal aku habis baca..banyak buku pasal penderitaan masa perang di Cambodia yang aku beli, antaranya The Survival of the Killing Fields, When Broken Glass Floats, Stay Alive My Son, Voices of S-21..buku2 ni aku boleh rate 5 bintang la..best sgt2..aku beli dari abebooks.com..second hand and rare books..dapat harga murah..cuma bayar lebih untuk harga pos saja..lagi pun cari kat MPH ke Koni ke, Berjaya Times ke tak jumpa punya..sebab kebanyakkannya buku yang dipublish lama dah..
baca2 buku tu nangis sgt2, how the cambodian suffer during those time..rasanya zaman jepun kat malaya pun tak seteruk itu..even cacing kat dalam tanah pun boleh dikorek makan..pucuk2 kayu kalau yang boleh dimakan, derang makan..teras pisang tu biasa..adik beradik boleh berbunuhan kerana berebut makan..gula manisan dah dikira barang luxury..yang sakit masuk hospital boleh dikira dihantar ke kem maut le..siapa2 yang kerja kerajaan, professional ke..memang kena bunuh sebab dilabel imperialis..bagi jimatkan peluru, khmer rouge ini bunuh orang pakai cangkul atau batang kayu hentak dikepala saja saje..and dihumban dalam lubang ramai2..mati katak je..kebanyakkan dari tentera khmer rouge adalah remaja dan kanak2..mereka didoktrin dan dibrainwash..bayangkan jiwa remaja yang tengah memberontak dan diasuh dengan pemikiran komunis, bahawa semua adalah satu..hasilnya amat dahsyat sekali..
dalam youtube..search aje khmer rouge..tengok le footage betapa dasyat bencana perang 1975 -1979 ini kepada rakyat cambodia..
rumah yang didiami hanyalah seperti wakaf tunggu durian (atau lebih teruk dari itu) yang tidak berdinding, samada hanya ditutupi kanvas atau dibiarkan terbuka..hujan pun hujanlah..jadi buruh paksaan untuk bina dam atau bersawah padi..makan nasi bubur hari2 sedang diri mereka dikelilingi sawah padi..tu pun nasib baik dapat nasi bubur, kalau tak pandai2 le nak cari apa nak dimakan..dalam setengah kes, mereka ni jadi cannibal pun..kelahiran amat jarang sebab orang dah tak bernafsu lagi nak bercopulating sebab dalam minda mereka hanya memikirkan bagaimana nak cari makan untuk mengisi perut mereka sahaja..kalau ada yang lahir pun samada mak yang mati atau anak yang mati sebab anak dan mak tak cukup zat..anak2 kecil dibiarkan mati di katil hospital tanpa sebarang rawatan..mati kerana kekurangan makanan dan cirit birit..
mata mereka yang kosong..bayangkan peristiwa macam tu jadi pada kita..pada anak2 kita nanti..belajar dari sejarah orang..perang tu pun akibat dari orang2 yang gila kuasa..mangsa? rakyat marhain jua..
hasrat hati, ada masa ada rezeki aku nak jalan2 kat phnom penh la..nak pegi kat Tuol Sleng tu tengok lebih dekat lagi kem seksaan yang menempatkan tahanan khmer rouge..dan kehidupan rakyatnya sekarang yang seribu kali lebih baik dari kita yang hidup di Tanah Melayu yang tercinta ini..sama2lah kita ingat dan mengingati..(adik aku dah pernah pergi, katanya budak perempuan seawal umur 9 tahun dah dijual untuk dijadikan pelacur oleh ibubapa atas sebab kesempitan hidup..tak pun anak2 berhingus ini berkeliaran menjual hasil kraftangan kepada pelancong..baju seluar tak usah ceritalah buruknya..)kesian, ucapan simpati itu yang mampu keluar dari mulut..
No comments:
Post a Comment